Wednesday 18 October 2017

Bayar di 7-Eleven: Panduan Lengkap Membeli di Lazada Mengunakan Lazada Mobile Apps dan Bayar di 7-Eleven Berdekatan

Membeli di Lazada Mengunakan Lazada Mobile Apps dan Bayar di 7-Eleven Berdekatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Smartphone anda belum mempunyai aplikasi Lazada Malaysia? .Kalau belum,anda boleh muat turun aplikasi Lazada Malaysia.


Tidak kiralah sama ada anda pengguna Android atau iPhone, anda boleh muat turun aplikasi LazadaMalaysia di App Store dan Google Play.

Dimana saja anda berada anda boleh “cuci” mata dengan pelbagai barangan.Bermacam-macam barangan dengan harga yang ditawarkan berpatutan oleh penjual samada penjual dari dalam Negara dan luar Negara di platform Lazada.Anda boleh membaca Tips Lengkap Membeli Belah di Lazada.

Okey. Hari ini saya nak tunjukkan cara mudah untuk membuat carian barang di Lazada Malaysia. Bukan itu sahaja, saya juga akan tunjukkan cara untuk membuat pembayaran menggunakan CASH!! iaitu MOLPay CASH di 7-Eleven berdekatan dengan anda. Wow kan!! Ok, jom...


Langkah pertama adalah anda kena cari di App Store dan Google Play, aplikasi Lazada Malaysia, Install dan Open


Kemudia anda  pilih kategori barang yang anda cari (kiri) dan pilihlah mana yang anda berkenan (kanan).


Seterusnya, anda juga boleh menggunakan fungsi Filter dan Sort (kiri). Untuk melihat dan mendapatkan maklumat yang lebih mengenai sesuatu produk, anda boleh buka galeri produk (kanan). 


Bila dah berkenan, apa lagi.. tambah pada cart anda. Anda boleh teruskan carian barangan lain atau selesaikan pembelian anda. Jika dah habis shopping, terus dengan menekan "Proceed to Checkout"


Semasa checkout ada 3 langkah utama iaitu:

1- Shipping
2- Payment
3- Review.

Kemudian anda hendaklah pastikan lokasi penghantaran anda dan memilih cara pembayaran dan buat tempahan.Untuk cara pembayaran, anda pilih 7-Eleven.


Untuk pembayaran anda pilih pembayaran melalui MOLPay.

Apa tu MOLPay?


Sekiranya anda tidak mempunyai duit yang mencukupi dalam akaun,atau tidak mempunyai online banking atau seumpama denganya,anda tak perlu risau dan anda tetap boleh shopping secara online di Lazada.

Caranya adalah anda hanya perlu ke mana-mana 7-Eleven terdekat dengan anda dan selesaikan bayaran. Mudah kan? Kat bawah ni  anda boleh lihat, selepas tempahan dibuat, anda akan diberikan Transaction Id dan Verification Code. Apa yang anda perlu buat hanya tunjukkan maklumat ini kepada cashier 7-eleven,cashier 7-Eleven akan scan maklumat yang anda berikan dan anda bayarlah amaun yang sepatutnya. 

Mudah bukan??  

Seperti yang anda lihat imej di bawah ini adalah contoh Payment instruction dan pembayaran perlu diselesaikan dalam tempoh 48 jam. 


Kita pergi kepada MOLPay Cash  tadi, MOLPay menyediakan perkhidmatan pembayaran secara tunai di kedai 7-Eleven Malaysia. Kalau anda nak tahu MOLPay. 

Cash adalah leading payment in southeast Asia. Ini bermaksud, pengguna kini boleh membayar tunai di kedai 7-Eleven yang terdekat untuk barangan yang mereka beli dalam talian. MOLPay boleh didapati di kedai-kedai 7-Eleven terpilih dan akan ada lebih banyak kedai yang akan sertainya.

Lanjutan mengenai MOLPay anda boleh klik : MOLPay

Mudah bukan nak membeli belah di Lazada.. Anda hanya perlu tunggu barang sampai sahaja setelah pembayaran dibuat.


Imej diatas adalah screenshot dari Aplikasi Lazada Malaysia

Beriku adalah pautan untuk memuat turun aplikasi Lazada Malaysia :


Selamat Membeli Belah .

0 comments:

Post a Comment