Monday 23 October 2017

Shopping di Lazada secara Cash-On-Delivery (COD)

Cash-On-Delivery (COD) di Lazada Malaysia


Saya pernah membuat tempahan secara online di Lazada Malaysia tanpa membayar satu sen ketika tempahan dilakukan.
Ini adalah kerana saya memilih untuk Cash On Delivery atau lebih ringkas disebut COD. Ini bermakna,saya hanya perlu bayar apabila produk yang saya telah tempah sampai ke tangan. Jadi saya tidak memerlukan sebarang urusan online banking/card credit/debit card atau seumpamanya.Saya hanya membuat pesanan dan kemudian tunggu produk sampai barulah saya bayar untuk kos yang ditetapkan.

Cara Cash On Delivery di Lazada Malaysia adalah anda sebagai pembeli, membuat tempahan secara online/atas talian melalui website Lazada Malaysia atau melalui aplikasi Lazada Mobile Apps .


Setelah anda memilih produk yang anda ingin beli ,tekan button “Add to Cart”,kemudian tekan “Checkout”.Isikan alamat,no telefon serta email untuk memudahkan urusan anda untuk melakukan pembelian secara “Cara Cash On Delivery”


Terdapat beberapa kaedah pembayaran  untuk pembelian secara online di Lazada dan anda haruslah pilih cara bayar bayar ‘Cash On Delivery’ dan klik CONFIRM sekiranya anda ingin membayar barangan yang anda tempah ketika barang itu sampai.

Dalam masa beberapa saat anda akan mendapat notification dari pihak Lazada Malaysia yang mengatakan transaksi anda berjaya. Pihak Lazada Malaysia akan menghantar maklumat tentang status serta no rujukan penghantaran ke akaun emel anda untuk memudahkan anda ‘memantau’ pergerakkan barangan yang anda tempah dalam masa yang di tetapkan.

Sangat mudah bukan? Cara pembayaran Cash On Delivery Lazada Malaysia ini akan membuatkan anda lebih tenang dan yakin dengan transaksi pembelian secara Online ini. Apa yang anda perlu buat hanya menunggu barang anda sampai dan bayar jumlah yang ditetapkan ketika barang sampai dan ‘enjoy’ dengan produk yang anda beli. Ia sangat mudah dan selamat.

Ingin merasai pengalaman pertama shopping online dengan Lazada Malaysia tak?
Kalau anda nak, pastikan anda memilih masa sesuai untuk shopping secara online di Lazada Malaysia. Sebabnya? Sebabnya di Lazada Malaysia ini banyak diskaun dan promosi.... pastu produk yang ada memang banyak pilihan ....
 

Selamat Membeli Belah




2 comments: