Wednesday 18 October 2017

Tutorial Lengkap Shopping Secara Online di Lazada Malaysia



Ramai yang bertanyakan kepada saya dan tidak kurang juga ada yang sentiasa meminta pertolongan saya menempah barangan dari Lazada.Ada juga kawan-kawan saya yang mengadu ditipu oleh Lazada kerana hampir enam bulan barangan yang mereka tempah tidak kunjung tiba.

Disini saya nak nyatakan,di platform e-commerce Lazada hampir sama dengan platform e-commerce yang lain.Ladaza menyediakan platform untuk pihak ketiga mempamerkan serta menjual brangan mereka dan Lazada mengenakan bayaran kepada setiap barangan yang dijual mengikut peratusan yang telah ditetapkan oleh Lazada.

Ada juga diantara kawan-kawan yang bertanyakan tentang warranty bagi barangan elektronik serta macamana nak tahu seller tu trusted atau tidak.Disini akan saya kongsikan panduan tentang bagaimana untuk shopping di Lazada dan tips-tips ini boleh diguna pakai untuk anda shopping di laman e-commerce lain kerana konsepnya hampir sama.

Tutorial Lengkap Shopping Secara Online di Lazada Malaysia

Pertama sekali, anda hendaklah mendaftar dulu akaun Lazada menggunakan email anda.Sudahkah anda mempunyai email?Kalau belum,anda mesti daftar email dahulu secara percuma sahaja.

Setelah anda mendaftar di Lazada,buka email anda yang dihantar oleh Lazada untuk verification akaun Lazada anda.Kemudian login / sign in menggunakan username dan password akaun yang anda baru daftar itu. Anda digalakkan menggunakan nama dan no telefon yang sebenar dalam maklumat akaun.Ini akan memudahkan anda dikemudian hari untuk proses penghantaran,claim warranty,refund dan seumpamanya.



Seperti yang anda lihat imej diatas,saya membuat carian “samsung galaxy note 8”.Apa yang anda perlu buat adalah search item yang hendak dibeli.Contohnya tilam,anda taip tilam dan tekan icon search. Dekat page result tu keluar banyak pilihan, biasanya saya buka pilihan bergantung kepada harga, rating atau review. 

Boleh gunakan search bar di bawah ini juga.
Masukkan “samsung galaxy note 8” untuk mencuba.



Untuk pengetahuan anda Lazada Malaysia merupakan platform e-commerce yang mengumpulkan ratusan seller/vendor. Ada barang yang dijual sendiri oleh Lazada Malaysia dan biasanya item tersebut disimpan di dalam warehouse Lazada, manakala sesetengah barang lain pula dijual oleh pihak ketiga (third party / external seller). Jadi sebelum membeli, pastikan anda tahu beberapa perkara.

Tak semua penjual/vendor adalah jujur, lebih-lebih lagi seller online. Jadi pastikan sebelum order tahu siapa penjual item tersebut dan bagi item yang memerlukan warranty, printscreen page tersebut just in case seller remove landing page item itu di masa akan datang.

a. Warranty – Local Supplier Warranty bermaksud warranty dari kedai. Kalau barang rosak, anda kena hubungi seller untuk urusan warranty. Local Manufacturer Warranty bermaksud warranty dari pengeluar atau pengedar rasmi. Sekiranya barang rosak, anda boleh pergi ke service center atau pulangkan / pos balik kepada syarikat yang menguruskan warranty.
Sebagai contoh, iPhone yang dijual di Lazada dengan deskripsi 1 Year Local Manufacturer Warranty bermaksud iPhone ini mempunyai jaminan 1 tahun daripada Apple Malaysia. Bagi 

Local Supplier Warranty, itu bermaksud iPhone itu mungkin bukan set Malaysia dan boleh jadi imported set dan warranty hanya boleh dituntut secara terus daripada penjual. Penjual pula mungkin meletakkan syarat2 mereka tersendiri bagi sesuatu warranty barangan yang dijual oleh mereka.

b. Shipping fees – sesetengah barang layak untuk dapat shipping fees percuma. Biasanya barang bersaiz besar anda perlu tambah sedikit shipping fee.

c. Maklumat Seller – Anda kena tahu barang yang anda hendak beli itu Dijual dan diuruskan (Sold & Fulfilled) oleh pihak mana. Kalau Lazada sendiri jual, biasanya servis penghantaran dan return memang laju dan cekap, tetapi kalau third party mengikut pengalaman saya ada seller yang cekap dan ada juga seller yang buat lengah. Cuba google dulu nama seller untuk lebih maklumat mengenai reputasi mereka.

d. Rating / Review – barang yang popular dan trusted biasanya dapat rating tinggi dan banyak ulasan positif. Manakala seller atau barang yang bermasalah pula biasanya rating dan review yang sebaliknya.


e. This Item Ships From Overseas – ada sesetengah item dijual secara dropship dari luar negara. Biasanya barang dari overseas lebih murah, tetapi tiada warranty dan masa penghantaran yang lebih lama. Saya pernah beli jam tangan, ships dari HK dan sampai ke tangan dalam masa 1 minggu. Harga murah RM200 dari retail price cuma tanpa warranty. so you get what you pay for.

CARA ORDER DAN MEMBUAT PEMBAYARAN DI LAZADA



Add to cart item yang hendak dibeli dan proceed to checkout.
Masukkan Alamat Penghantaran dan Billing, boleh guna alamat sama untuk kedua-dua ini. Jika kawasan anda tinggal agak sukar diakses oleh syarikat courier, pilih alamat pejabat, kampus dan sebagainya.


Ada 4 kaedah pembayaran di Lazada.

a. Cash On Delivery (COD) – bayar secara cash atau credit card hanya ketika courier sampai di rumah atau alamat penghantaran. COD method terhad kepada KL, Lembah Klang dan bandar utama di Selangor.

b. Online banking – bayar menggunakan Maybank2u, CIMB Clicks, Hong Leong Bank, Public Bank, Ambank dan RHB.

c. Credit Card / Debit Card – bayar menggunakan credit card atau debit card Mastercard / VISA. Saya prefer menggunakan credit card kerana dapat lebih diskaun, rebates/points dan memudahkan urusan refund sekiranya barang habis stok atau rosak.
Untuk membayar secara installments, anda perlu menggunakan Maybank Credit Card (rujuk tutorial beli secara installment).

d. Paypal – anda boleh bayar menggunakan paypal jika anda mahu.
Jika semuanya ok, tekan Place Order untuk membuat pesanan.

CARA MENGGUNAKAN VOUCHER UNTUK DISKAUN DI LAZADA


Voucher atau coupon merupakan teknik memikat pelanggan yang cukup cukup berkesan di laman ecommerce. Sekali dah shopping guna voucher, esok lusa mesti nak try lagi. 
Nak guna voucher di Lazada, kena rajin-rajin buka main page Lazada terutamanya ketika hari sales kerana jika luck anda baik, anda dapat voucher yang rare atau limited. Untuk menggunakan voucher, pastikan login dulu akaun dan pada bahagian voucher, masukkan voucher yang valid dan tekan Apply. Boleh rujuk GIF di atas di mana saya dapat diskaun sebanyak 15% menggunakan voucher.

Saya sering juga berkongsi voucher di Facebook. Jangan lupa untuk like ya.
Ada voucher yang boleh digunakan di Mobile App sahaja, dan ada juga voucher yang boleh digunakan sekali sahaja. Ada sesetengah item di Lazada dikecualikan daripada mendapat diskaun menggunakan voucher. jadi sila try and error dulu sebelum membuat pembayaran muktamad.

Selain voucher, Lazada juga memberikan diskaun kepada pengguna Credit Card dan Debit Card. Contohnya. jika anda membeli barang pada hari Sabtu menggunakan Credit Card CIMB, anda dapat diskaun sehingga 10%. Manakala Maybank Card pula memberikan diskaun sehingga 10% pada setiap hari Rabu.

Contoh diskaun 10% menggunakan Credit Card. Diskaun diberi adalah secara automatik tanpa perlu masukkan sebarang code. Diskaun credit card/debit card tidak boleh digunakan bersama-sama voucher dan tak semua item boleh dapat diskaun credit card. Jadi, kena pilih hari, waktu dan peluang untuk dapatkan diskaun dengan bijak.

MENGESAN PESANAN (ORDER TRACKING) DI LAZADA


Selepas membuat pesanan, anda akan menerima email daripada Lazada Malaysia dan anda kemudian boleh lihat order status dan tracking. Seller Lazada biasanya menggunakan pelbagai jenis courier antaranya Gdex, Pos Laju, Skynet dan sebagainya jadi anda boleh trace di laman web courier tersebut.

LAZADA MOBILE APP (IOS/ANDROID)


Lazada Malaysia juga mempunyai app di iPhone dan Android. Anda boleh muat turun secara percuma di App Store dan Play Store. Kelebihan menggunakan aplikasi Lazada di iPhone dan Android ialah kadang-kadang anda dapat extra diskaun atau voucher.



Contohnya : sesetengah item dalam kategori “Sensational Deals” tidak boleh apply voucher tetapi anda dapat lagi extra 5% kalau beli menggunakan apps.

CARA RETURN BARANG KEPADA LAZADA MALAYSIA


In case anda beli barang di Lazada Malaysia tetapi dapat barang rosak, defective, pecah, fake atau lain seperti yang seller claimed, anda boleh membuat return kepada Lazada asalkan dalam tempoh 14 hari selepas pembelian. Contoh, seller jual item A tapi lepas beli, sampai item B. Atau seller jual item A dan description kata barang original, tapi bila sampai barang knockoff/ciplak/fake. Sebelum buat return, anda perlu lekatkan detail2 penting di kotak seperti nama penghantar, nama penerima dan alamat penerima.
Pack barang tersebut elok-elok dan hantarkan kembali bersama-sama invois dan bukti pembelian. Simpan sekali bukti pembayaran anda kepada syarikat courier (biasanya resit) kerana Lazada akan refund balik kos penghantaran.

Satu cara lagi yang lebih mudah, anda boleh print out return form di bahagian order. Pastikan specify tujuan return dan item serta kuantiti yang anda mahu return. Print dan tampal borang return di kotak dan hantar ke pos laju tanpa sebarang caj.

Diatas adalah contoh Lazada Malaysia return form.


Selamat membeli belah di Lazada Malaysia. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan? Boleh komen di bawah ya.


0 comments:

Post a Comment