Adakah anda pernah membeli-belah online secara ansuran.??
Pembelian secara installment@ansuran membolehkan anda mendapatkan sesuatu barang secara bayaran bulanan dengan kadar 0% interest dan tanpa sebarang deposit, asalkan anda mengikut cara yang betul. Beberapa laman ecommerce di Malaysia seperti Lazada, 11street dan Gemfive membenarkan pembeli membuat pembayaran secara ansuran bulanan dalam tempoh 6 bulan hingga 24 bulan.
Sekiranya anda berminat, jom ikuti tutorial ringkas ini mengenai cara membuat pembelian secara installment di Lazada, 11street dan Gemfive.
LAZADA INSTALLMENT TUTORIAL
Di Lazada, hanya SKU terpilih dengan harga di atas RM500 sahaja layak dibeli menggunakan installment plan. Anda memerlukan kad kredit Maybank VISA atau Maybank MASTERCARD untuk checkout. Maybank AMEX dan Maybank Debit Card tidak dibenarkan. Manakala tempoh installment plan pula terhad kepada 6 bulan dan 12 bulan sahaja.
Penggunaan voucher atau discount code tidak dibenarkan semasa membuat pembelian secara installment plan.
Pada pandangan saya,gunakan installment plan hanya untuk barangan yang diperlukan sahaja tetapi bukan untuk barang-barang yang akan menambahkan lagi bebanan kad kredit anda
Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen ya!
Tutorial Pembelian di Lazada Secara Ansuran
Reviewed by MTA
on
June 23, 2016
Rating:
bayar ansuran boleh dapat terus ke barang dalam bulan pertama.
ReplyDeleteGuna kad debit publik bank boleh kw??
ReplyDeleteKalau guna maybank 2U boleh ke
ReplyDelete