Showing posts with label Pembatalan Pesanan. Show all posts
Showing posts with label Pembatalan Pesanan. Show all posts

Wednesday 25 October 2017

Lazada : Tips Batalkan Tempahan produk di Lazada

Supermarket dihujung jari.Itulah Lazada.Pembelian pelbagai barangan samada keperluan harian atau lain-lainya secara online semakin menjadi trend kepada rakyat Malaysia memandangkan ianya menjimatkan masa dan juga tenaga.

Disini saya nak kongsikan tips untuk batalkan pesanan produk di Lazada. Sekadar kongsi pengalaman mungkin ada diantara anda yang sudah membeli barang di Lazada namun berniat untuk membatalkan barang yang sudah ditempah.

Berikut adalah info lengkap bagaimana cara membatalkan pesanan produk di Lazada.

TIPS MEMBATALKAN PEMESANAN BARANG LAZADA

Melalui Live Chat Support Lazada

Untuk membatalkan pemesanan barang di Lazada mengunjungi Live Chat Support :


Lazada Live Chat hanya beroperasi antara jam 09.00am – 09.00pm (Isnin-Jumaat) .


Mengisi borang pembatalan secara atas talian.
Untuk mengguna borang ini, anda seharusnya telah membuat tempahan menggunakan akaun Lazada (daftar akaun Lazada sekarang jika anda tidak punya akaun) atau jika anda membeli produk tanpa mendaftar terlebih dahulu,jangan bimbang,anda hanya perlu mendaftar menggunakan alamat yang anda telah gunakan untuk pemesanan supaya memudahkan anda untuk akses kepada borang pembatalan atas talian.


Daftar masuk ke akaun anda
Layari skrin “My orders” dan pilih “Cancel” pada pesanan yang anda ingin batalkan.




1-Isi borang tersebut:
2-Pilih item yang ingin dibatalkan
3-Pilih alasan pembatalan
4-Pastikan anda baca dan setuju dengan polisi pembatalan Lazada
5-Klik “NEXT”

Pembatalan secara dalam talian hanya boleh diguna dalam masa 1 jam selepas pesanan dibuat, manakala item dipesan belum lagi diposkan keluar.

Menghubungi khidmat pelanggan Lazada
Cara lain antaranya untuk batalkan pesanan adalah anda hubungi khidmat pelanggan ditalian  03 8601 1888.Waktu untuk hubungi khidmat Lazada adalah seperti dibawah:
Isnin-Jumaat: 8.00AM-9.00PM
Hujung Minggu dan kelepasan am: 9.00AM-6.00PM

Setelah semua atau salah satu cara tadi sudah di lakukan, pihak Lazada akan menghantar notification melalui email apabila pertanyaan pertukaran barang dipersetujui.Proses akan dimaklumkan melalui SMS pada nombor yang anda daftarkan.

Bagaimana proses pembatalan apabila produk yang dipesan dalam proses penghantaran?

Apabila produk yang dipesan sudah dalam proses penhantaran, kami tidak menjamin pembatalan boleh dilakukan adalah kerana barang yang dipesan sudah berada di pihak ketiga(Poslaju,Gdex,Skynet dll).

Bagaimana jika pesanan tetap dihantar meskipun sudah dibatalkan sebelumnya?

Jika pesanan tetap dihantar setelah dilakukan pembatalan, anda seharusnya dapat kembalikan produk tersebut kepada pihak ketiga(Poslaju,Gdex,Skynet dll) yang melakukan pengihantaran dan jangan sesekali membuka item yang dikirimkan.

Sekiranya ada apa-apa pertanyaan dan ingin saya kongsikan,boleh tinggalkan komen anda dibawah.

Selamat Membeli Belah di Lazada.COM.MY