Disini saya ingin berkongsi sesuatu benda yang bermain di fikiran dan ingin dikongsi bersama.Ianya berkenaan hubungan diantara anak menantu dengan mertua dan juga mertua tiri.Perkara ini berlaku disekeliling kita dan tanpa kita sedari kita telah melanggar batasan (yang di bolehkkan di sisi agama islam).
Mari kita sama ikuti kisah yang akan saya sediakan dan sama-sama kita titik beratkan hal ini kerana ianya melibatkan dosa dan pahala.
Mari kita baca kisah ini :
Suatu hari seorang lelaki
berjalan di kota Madinah. Tiba-tiba beliau terpandang kepada seorang wanita dan
mereka saling pandang memandang. Lantas Syaitan mencampakkan ke dalam hati
kedua mereka perasaan kagum di antara satu sama lain. Dalam keasyikan
memandang, lelaki tersebut terlanggar tembok di hadapannya lalu berdarah
hidungnya. Lantas dia bersumpah “Demi Allah, aku tidak akan membasuh darah ini
sehinggalah aku bertemu Rasulullah dan mengadu hal ku”. Maka dia bertemu
Rasulullah dan menceritakan peristiwa tersebut. Lantas Rasulullah bersabda:
“Inilah balasan terhadap kesalahan kamu”. Lalu turunlah ayat 30 surah
an-Nur
قُلْ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ
وَيَحْفَظُوْا فُرُوْجَهُمْ
Maksudnya: Katakan kepada
orang beriman hendaklah mereka menjaga pandangan mereka dan kemaluan mereka.
Di dalam ayat tersebut
Allah Taala mendahulukan menyebut ‘merendahkan pandangan’ ke atas ‘memelihara
faraj’ kerana terdapat rahsia tersendiri. Antaranya (Wallahu ‘alam) pandangan
merupakan mukadimah kepada perkara yang lebih besar seperti berlaku zina. Ahmad
Shauqi pernah bermadah:
نَظْرَةٌ فَابْتِسَامَةٌ فَسَلاَمٌ
فَكَلاَمٌ فَمَوْعِدٌ فَلِقَاءٌ
Maksud: Bermula dengan
pandang-pandang kemudian senyum-senyum lantaran berkirim salam, kalam
diucapkan, perjanjian diadakan lantaran diakhiri dengan pertemuan.
Lihatlah betapa hebatnya
peranan yang dimainkan dua mata.
ADAKAH BAPA MERTUA SAMA
DENGAN BAPA TIRI SUAMI (BAPA MERTUA TIRI)?
Persoalan sebegini memang
selalu berlegar di dalam masyarakat. Persoalan ini timbul adalah kerana tidak
dapat menentukan hubungan seorang perempuan dengan bapa tiri bagi suami, adakah
mahram atau bukan mahram ?
Keterangannya adalah
seperti berikut:
1- Di dalam surah
an-Nisa’ ayat 23 Allah telah menjelaskan perempuan-perempuan yang diharamkan ke
atas lelaki untuk dinikahi kerana terdapat sebab tertentu. Sebab-sebab tersebut
adalah seperti berikut;
1- Kerabat
2- Susuan
3- Musoharah (perkahwinan)
Berdasarkan persoalan yang
diajukan, kita hendaklah lebih jelas siapakah yang dimaksudkan dengan bapa tiri
bagi suami dan apakah hubungannya dengan perempuan tersebut. Dengan bahasa yang
lebih ringkas bolehlah kita katakan hubungan bapa tiri bagi suami dengan
perempuan terbabit adalah hubungan sebagai bapa mertua tiri dengan
menantu tiri.
2- Pokok perbahasan bagi
permasalahan ini adalah ayat 23 surah an-Nisa’;
وَحَلاَئِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِيْنَ مِنْ أَصْلاَبِكُمْ
Maksud: (Dan diharamkan
bagi kamu) isteri-isteri anak kandung mu (menantu).
Berdasarkan ayat tersebut
jelaslah Allah Taala menegah seseorang lelaki berkahwin hanyalah dengan
isteri bagi anak kandung berdasarkan kait أصلابكم .
Pengharaman itu juga termasuk isteri bagi anak susu kerana berdasarkan
hadis
وَيَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ
Maksud: Diharamkan
daripada susuan apa-apa yang diharamkan daripada nasab. Hadis riwayat Imam Bukhari.
Justeru itu, bapa mertua
yang menjadi mahram muabbad (selama-selamanya) bagi seseorang perempuan
(menantu), adalah daripada nasab dan daripada susuan. Hal ini bermaksud bapa
mertua terbabit merupakan bapa kandung bagi suami atau bapa susu bagi suami
seperti mana yang telah dinyatakan di dalam ayat an-Nisa’23 dan di dalam hadis.
Lantaran itu bapa tiri bagi suami (bapa mertua tiri) bukanlah menjadi
mahram bagi perempuan terbabit. Sekiranya suami bagi perempuan tersebut
meninggal dunia, maka tidak menjadi kesalahan bagi bapa mertua tiri untuk
berkahwin dengan perempuan tersebut (menantu tiri).
3- Berkaitan anak tiri
juga dijelaskan di dalam ayat 23 an-Nisa’ juga
وَرَبَائِبِكُمُ الَّاتِي فِى حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ الاَّتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ
Maksud: (Diharamkan bagi
kamu) anak-anak isteri mu yang di dalam pemeliharaan mu, dari isteri yang telah
kamu campuri.
Ulama mentafsirkan maksud
rabibah seperti di dalam ayat ialah anak perempuan bagi isteri dari bekas
suaminya.
Jelaslah di dalam ayat
tadi Allah Taala telah menegah seseorang lelaki untuk berkahwin dengan anak
perempuan tirinya setelah ia menyetubuhi ibunya. Pengharaman yang dinyatakan di
dalam ayat hanyalah melibatkan seorang lelaki dengan anak perempuan tiri,
lantaran itu menantu perempuan tiri tidak termasuk kategori yang dinyatakan .
RUMUSAN KEDUDUKAN ANTARA BAPA MERTUA TIRI DENGAN MENANTU
TIRI
1- Kedudukan bapa mertua
adalah tidak sama dengan bapa mertua tiri. Hubungan bapa mertua dengan menantu
perempuannya adalah hubungan mahram, manakala hubungan di antara bapa
mertua tiri dengan menantu tiri adalah sebaliknya. Pengharaman kepada bapa
mertua berkahwin dengan menantunya adalah bersifat selama-lamanya (muabbad),
manakala bapa mertua tiri dengan menantu tirinya adalah bersifat sementara.
2- Di dalam kitab مغنى المحتاح
karangan syeikh khatib as-Syarbini menyatakan sekiranya suami
kepada perempuan tersebut meninggal dunia, tidak menjadi kesalahan kepada bapa
tiri bagi suaminya untuk berkahwin dengannya kerana kedudukan isteri bagi anak
tiri (menantu tiri) tidak sama dengan isteri bagi anak kandung (menantu)
3-Wajib bagi perempuan
tersebut sentiasa menjaga batasan auratnya seperti yang ditetapkan oleh
syarak seperti mana ketika ia berhadapan dengan lelaki ajnabi yang lain.
Dalam situasi sebegini
juga tidak dibenarkan mereka berdua-duaan kerana jelas mereka bukanlah mahram.
4-Sering menjadi
persoalan, dalam situasi sebegini adakah apabila mereka bersentuhan akan
membatalkan wuduk. Hukum tersebut jelas termaktub di dalam kitab-kitab fikh.
Ulama Syafie menyatakan, apabila seseorang lelaki menyentuh kulit perempuan
ajnabi tanpa berlapik menyebabkan wuduk kedua mereka terbatal (Minhaj
at-Tolibin)
Lantaran itu, mana-mana
wanita yang berhadapan dengan situasi sebegini hendaklah bijak dalam menangani
masalah tersebut agar prinsip agama tidak tergadai. Bak kata pepatah Melayu
seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus , tepung tak
berselerak.
akhirnya : alhamdulillah
terjawab sudah apa yg bermain di fikiran dan sama-sama kita ambil iktibar…Ya..Mertua tiri tidak
diharamkan selamanya utk dikahwini… maka segala hukum berkaitan aurat dan
keterbatasannya sama seperti ajanabi..Semoga artikel ini bermanafaat untuk kita semua.Wallahua'lam.
Batasan : Anak Menantu – Mertua @ Mertua Tiri!!!WAJIB BACA
Reviewed by Unknown
on
August 05, 2012
Rating:
No comments: