Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Untuk cari pasangan yang betul
memang susah. Tapi lagi susah untuk betulkan diri. Kalau
nak perempuan yang jaga solat, terlebih dahulu, kita sendiri yang patut jaga
solat kita. kalau nak perempuan yang pandai jaga duit bagai, sepatutnya, kita
sendiri yang betulkan diri kita untuk pandai jaga diri.
Saya pernah berubah kerana perempuan. Sekali perempuan tu ada berkahwin dengan orang lain, saya down sangat sangat. sebab bagi saya, dialah perempuan yang paling bagus saya pernah jumpa. hampir sempurna kepada ciri ciri perempuan yang saya suka. (cis.. -.-' terpaksa bagitau semua ni).Tapi yakinlah pada ALLAH, ALLAH tak pernah salah memberi sesuatu kepada hamba-Nya.
Saya pernah berubah kerana perempuan. Sekali perempuan tu ada berkahwin dengan orang lain, saya down sangat sangat. sebab bagi saya, dialah perempuan yang paling bagus saya pernah jumpa. hampir sempurna kepada ciri ciri perempuan yang saya suka. (cis.. -.-' terpaksa bagitau semua ni).Tapi yakinlah pada ALLAH, ALLAH tak pernah salah memberi sesuatu kepada hamba-Nya.
Berbalik
kepada ayat diatas, Pengajaran yang kita dapat
ambil dari ayat ini adalah hubungan baik seseorang itu bergantung kepada
sikapnya sendiri. Jika dia seorang yang baik, mustahil dia akan bergaul dengan
orang yang jahat dan begitulah sebaliknya. Seperti juga hubungan suami isteri.
Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka
telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu. Sebab itu
dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. Bukan haram. Meskipun
begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.
Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan
terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh berusaha mengubah
pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka
hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Namun jika tidak mampu berbuat apa-apa
lagi kerana sifat isteri yang sering derhaka atau suami yang terlalu zalim,
maka bercerai adalah langkah yang jauh lebih baik dari membiarkan diri terseksa
dan rumah tangga yang dipenuhi kemurkaan. Kerana tidak mungkin seorang yang baik
itu akan bersama dengan seorang yang jahat. Inilah maksud yang kita perlu
fahami.
Selain itu kita juga perlu jelas bahawa orang yang
baik-baik jarang sekali mengaku dirinya baik. Memang kita semua akui bahawa
kita mahu mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup kita. Namun sekiranya
kita adalah seorang yang berilmu, kita tidak seharusnya memandang hina pada
orang yang kurang bernasib baik seperti kita. Jika kita manusia yang
alim, maka membimbing dan mentarbiah pasangan adalah tanggungjawab kita.
“Keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang
suci”
Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang
soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda,
titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci
denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa
benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang
halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik
itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita
belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap
melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu
sama lain.
Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku
juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga
begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku
lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas.
Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya
lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku
juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama
memerlukan antara satu sama lain..
Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia seperti
mana ayat diatas tadi. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang
baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin
seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya.
Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal
untuk anda ikuti?
**Daku masih menanti siapakah Bakal isteriku yang aku belum tahu siapakah dirimu
yang sebenarnya..Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu..
Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik
Reviewed by Unknown
on
August 05, 2012
Rating:
No comments: