Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai
tetamu keluargamu?” ujar salah seorang daripada tiga malaikat yang menjelma
sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu.
Si gadis yang sedari tadi
begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang
sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi.
Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya
serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hatinya tiba-tiba diserang bimbang.
Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak di
hadapannya itu. Tetapi kerana dia telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku
sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.
Anak gadis Nabi Luth itu
cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda,
berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk
memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan
langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.
“Apa yang harus aku jawab
kepada mereka,” bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.
“Apakah kedatangan kami
ini menganggu saudari?” tanya pemuda itu kembali. “
” Oh tidak. Tapi… bolehkah
tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan dahulu kepada bapa
saya,” balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh
dan pulang dengan tergesa-gesa.
Demi mendengar kedatangan
tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan berasa tidak tenteram.
“Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,” kata Nabi Luth.
Baginda amat mengerti
apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya.
Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak meskipun risiko
yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda
sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.
Kepada isteri dan
puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar
kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri
tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka
kepada kaumnya.
Sebaik sahaja mendengar
berita yang menarik dan sangat ditunggu-tunggu itu, bergegas dan
berpusu-pusulah mereka ke rumah Nabi Luth.
“Wahai Luth! Bukakan pintu
ini dan serahkan anak-anak muda itu kepada kami. Kami sangat memerlukan mereka.
Buka pintu ini cepat!” Salah seorang daripada mereka terjerit-jerit sambil
menendang daun pintu rumah Nabi Luth.
“Wahai Luth! Engkau larang
kami dari mendekati anak muda, sebaliknya engkau sendiri menyimpan tiga orang
pemuda,” jerit satu suara yang lain.
“Ya Allah, selamatkanlah
kami,” doa Nabi Luth sambil memandang ke arah para tetamunya.
“Wahai kaumku! Aku ada
anak gadis. Aku bersedia mengahwinkan kamu dengan mereka sekiranya kamu mahu.
Tinggalkanlah perlakuan buruk kamu selama ini. Dan janganlah kamu ganggu para
tetamu kami ini.”
Nabi Luth tidak henti-henti menasihati kaumnya.
Nabi Luth tidak henti-henti menasihati kaumnya.
“Ah! Usah hendak bersyarah
di sini. Kami ke mari bukan untuk mendengar leteranmu. Kami ke sini untuk
bersuka ria.” Suara-suara mereka kian tegas dan semakin tidak terkawal.
“Hai Luth! Engkau
sememangnya tahu kami tidak perlu kepada wanita. Tapi kami yakin engkau tahu
apa yang kami perlukan sekarang.”
“Baik engkau serahkan
mereka kepada kami segera. Kalau tidak kami akan pecah-pecahkan pintu ini.”
Nabi Luth tahu kemungkaran
apa yang akan terjadi sekiranya tetamunya jatuh ke tangan mereka yang telah
tenggelam dalam perlakuan yang melampaui batas itu. Baginda juga sedar, kalau
dipertahankan sekalipun, mereka pasti cuba untuk menceroboh masuk. Kini, apa
yang mampu dilakukan oleh Nabi Luth hanyalah berdoa kepada Allah SWT. Hanya
kepada Allah sahajalah tumpuan terakhir, tempat baginda berserah diri dan
bergantung harap.
Namun baginda dapati suatu
keanehan; tiada terbayang walau sedikit pun tanda-tanda kebimbangan pada wajah
para pemuda itu. Mereka kelihatan begitu tenang dan bersahaja.
“Wahai Luth! Usah khuatir
dengan ugutan mereka,” kata salah seorang daripada pemuda itu. Nabi Luth
seakan-akan tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh salah seorang
tetamunya. Baginda memandang tepat ke arah pemuda yang bersuara itu. Bunyi
ketukan pada pintu bertambah kuat dan keras.
“Wahai Nabi Allah!
Sebenarnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kami jamin mereka tidak akan
dapat mengganggu kamu. Bawalah keluarga dan pengikutmu keluar dari sini di
akhir malam ini kecuali isterimu kerana dia termasuk golongan yang derhaka.”
Kini, barulah Nabi Luth
sedar bahawa pembalasan dari Allah ke atas sikap keterlaluan kaumnya telah
hampir tiba..Tepat ketika seperti yang ditentukan oleh Allah, penglihatan kaum
yang derhaka itu ditarik, dan serta-merta segalanya makin kelam, hitam. Setiap
mata telah menjadi buta. Akibatnya, keadaan menjadi hingar-bingar dan
bercelaru. Masing-masing jadi buntu dan hilang haluan, lantas bertembung antara
satu sama lain.
Menjelang Subuh, tatkala
Nabi Luth, beberapa keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari
sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT. Allah memerintahkan malaikat
memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum itu dengan kedua-dua
sayapnya. Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan
bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya
ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum dan turut terkuburlah sama para
pengamal homoseks di perut buminya.
Kemudian kawasan itu
dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi.
Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuknya sebuah lautan. Lautan yang
digelar sebagai `Laut Mati`.
Ia adalah lambang
kebesaran kerajaan Tuhan, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar
manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.
Kisah Kaum Luth Dan Laut Mati ( Deadsea Jordan )
Reviewed by Unknown
on
August 05, 2012
Rating:
No comments: