Wednesday 6 March 2019

PERCUMA!!!Talaqqi Daurah Tafsir Al-Quran Lengkap 30 Juzuk

PERCUMA!!!Daurah Tafsir Al-Quran Lengkap 30 Juzuk 

-Terbuka Kepada semua golongan
-Tempat tinggal percuma bagi muslimin
-Tinggalkan komen sekiranya anda mempunyai pertanyaan


#Pernahkah kita memahami keseluruhan kandungan Al Quran?
#Tahukah kita tujuan Al Quran diturunkan?
#Sedarkah kita bahawa Al Quran diturunkan untuk difahami kandungannya bukan semata-mata pandai mengalunkan bacaannya ?

Maka kami membuat tawaran terbuka untuk anda mengikuti Daurah Tafsir Al Quran 30 juz bersanad, selama 50 Hari di Pondok Darul Uloom Laklok Jertih Terengganu secara percuma.

Kuliah akan di sampaikan sepenuhnya oleh Al Fadhil Maulana Hj Abdul Hadi bin Haji Ya’akub, Mudir Pondok Darul Uloom.

Pengajian akan bermula pada

1 Sya'aban (07.04.19) hingga 20 Ramadhan 1438H (25.05.19)

Waktu kuliah:

1) 9.30am-12.00pm,
2) Selepas solat asar-6.30pm &
3) Selepas solat maghrib-9.00pm (kecuali Ramadhan)

Sanad akan diberikan kepada yang menghadiri kuliah secara lengkap manakala sijil kehadiran untuk selainnya.

Tarikh lapor diri: 06 April 2019(Sabtu)

Penginapan ada disediakan di masjid & asrama untuk Muslimin sahaja dengan membawa alatan tidur sendiri (Percuma). Homestay akan diuruskan untuk Muslimat/berkeluarga (berbayar mengikut kadar pengusaha). Bagaimanapun perlulah mendaftar awal.

Sekiranya berminat sila WhatsApp Ustaz Ahmad Nordin (+60 13-989 9062) untuk urusan pegerakan dan penginapan. Bagi yang datang dari Sabah & Sarawak, disyorkan ambil flight terus ke KOTA BHARU (Kenderaan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ke Pondok hanyalah 60km dan boleh diuruskan)

Iblis Boleh Menyerupai Seseorg Tua Yang Elok Rupa Parasnya, Segak Penampilannya.

Iblis Boleh Menyerupai Seorg Tua Yg Elok Rupa Parasnya, Segak Penampilannya.


Kata Imam Nawawi:
Ketika aku jatuh sakit di Madrasah Rawahiyyah. Pada sebahagian malam di dalam bilik atas sebelah timur madrasah, ayahku, saudara2ku dan sekumpulan sahabatbku sedang tidur bersebelahanku, tiba2 Allah memberikan kecergasan kpdku dan sembuh dr demamku. Timbul rasa rinduku untuk berzikir, lalu aku bertasbih. Ketika aku dalam keadaan sebegitu, antara menjelas dan memperlahankan zikir, tiba2 datang seorg tua, elok rupa-parasnya dan segak penampilannya, dia berwudhu di salah satu sudut kolah air, pada waktu pertengahan malam atau sekitar itu. Apabila selesai dia menghampiriku dan berkata:
"Wahai anakku, jangan kamu terus berzikir kpd Allah Taala, kamu akan mengganggu bapa, saudara2mu, sahabat2mu, keluargamu dan semua yg ada dlm madrasah ini." Lalu aku bertanya: "Wahai org tua, siapa kamu ini?" Jawab org tua itu: "Aku seorg yg nak beri nasihat kpd kamu, biarkan aku, siapapun aku."
Kata Imam Nawawi: "Tiba2 hati ku berkata: "dia ini iblis." Lalu aku berkata:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
dan aku mengangkat suaraku bertasbih. Lalu org tua itu berpaling dan berjalan pergi ke arah pintu madrasah. Suara tasbihku menjadikan bapaku dan kumpulan lain terjaga dr tidur. Lalu aku bangun dan pergi ke pintu madrasah, aku dapati pintu itu berkunci. Lalu aku membukanya dan tiada sesiapapun melainkan org yg asal memang berada di situ. Kata bapaku: "Wahai Yahya, apa cerita kamu ini?" Lalu aku ceritakan kpd bapaku. Mereka semua berasa hairan. Lalu kamu semua duduk bertasbih dan berzikir kpd Allah.

#Ustazabdulkadirbinsahak