Thursday 26 October 2017

Lazada : Cara Melakukan Order Tracking/Mengesan Pesanan setelah pembelian

Lazada : Tips Semak Status Penghantaran Tracking Produk di Lazada.com.my


Setelah melakukan tempahan dan pembayaran produk,sudah tentu anda menunggu-nunggu barangan yang ditempah sampai ditangan kan.Kalau boleh,beli hari ini nak produk sampai pun hari ini jugak. So sebelum melakukan tempahan, anda perlulah perhatikan dan baca betul-betul tempoh masa penghantaran barang supaya tidak berlaku salah paham.Dan pastikan produk tersebut dari local seller(penjual tempatan) atau oversea(luar Negara).

Untuk menyemak status tempahan produk yang dilakukan di Lazada,pihak Lazada telah menyediakan laman web khas untuk anda check status penghantaran dan no tracking barangngan yang anda beli. So tak perlulah anda nak call atau email pihak Lazada untuk mengetahui status barang anda. Anda hanya perlu buka laman web status penghantaran untuk mengetahui

Cara Check Status Penghantaran di Lazada.com.my

Caranya:Anda perlu masukkan no order/no pesanan berserta email anda dan tekan Check Now/Semak Sekarang.

Ataupun anda login ke akaun anda di web Lazada.com.my dan melakukan langkah-langkah dibawah untuk semak status barangan anda.

Langkah 1: Masuk ke laman web Lazada.com.my dan klik pada menu atas iaitu ‘Mengesan Pesanan Saya’ atau ‘Track My Order’. Dan seterusnya klik pada link pesanan anda.



Langkah 2: Seperti yang anda perhatikan didalam gambar,ada tiga peringkat iatu “processing”,”shipped” dan “delivered”.

Langkah 3: Merujuk gambar di bawah, barang telah diserahkan pada pihak courier (shipped)  dan pihak courier dalam proses menghantar ke rumah anda. Apa yang perlu buat adalah hanya tunggu barangan anda sampai sebelum tempoh yang ditetapkan.

Pastikan no telefon ketika pendaftaran akaun adalah no yang betul.ini kerana anda akan menerima sms dari pihak Lazada sekiranya barang tersebut telah diserahkan pada pihak courier. So far saya beli di lazada, barang memang sampai. Cuma ada yang cepat dan ada yang lambat, bergantung pada pihak courier yang digunakan.

Cara Register & Beli Online Di Lazada dengan Panduan Bergambar

Jika anda tidak tahu bagaimana cara mendaftar dan membeli di Lazada, sila baca artikel dengan panduan bergambar step by step dibawah ini.

Artikel cara daftar lazada di 
2. Artikel cara membeli di lazada di 


Wednesday 25 October 2017

Lazada : Tips Batalkan Tempahan produk di Lazada

Supermarket dihujung jari.Itulah Lazada.Pembelian pelbagai barangan samada keperluan harian atau lain-lainya secara online semakin menjadi trend kepada rakyat Malaysia memandangkan ianya menjimatkan masa dan juga tenaga.

Disini saya nak kongsikan tips untuk batalkan pesanan produk di Lazada. Sekadar kongsi pengalaman mungkin ada diantara anda yang sudah membeli barang di Lazada namun berniat untuk membatalkan barang yang sudah ditempah.

Berikut adalah info lengkap bagaimana cara membatalkan pesanan produk di Lazada.

TIPS MEMBATALKAN PEMESANAN BARANG LAZADA

Melalui Live Chat Support Lazada

Untuk membatalkan pemesanan barang di Lazada mengunjungi Live Chat Support :


Lazada Live Chat hanya beroperasi antara jam 09.00am – 09.00pm (Isnin-Jumaat) .


Mengisi borang pembatalan secara atas talian.
Untuk mengguna borang ini, anda seharusnya telah membuat tempahan menggunakan akaun Lazada (daftar akaun Lazada sekarang jika anda tidak punya akaun) atau jika anda membeli produk tanpa mendaftar terlebih dahulu,jangan bimbang,anda hanya perlu mendaftar menggunakan alamat yang anda telah gunakan untuk pemesanan supaya memudahkan anda untuk akses kepada borang pembatalan atas talian.


Daftar masuk ke akaun anda
Layari skrin “My orders” dan pilih “Cancel” pada pesanan yang anda ingin batalkan.




1-Isi borang tersebut:
2-Pilih item yang ingin dibatalkan
3-Pilih alasan pembatalan
4-Pastikan anda baca dan setuju dengan polisi pembatalan Lazada
5-Klik “NEXT”

Pembatalan secara dalam talian hanya boleh diguna dalam masa 1 jam selepas pesanan dibuat, manakala item dipesan belum lagi diposkan keluar.

Menghubungi khidmat pelanggan Lazada
Cara lain antaranya untuk batalkan pesanan adalah anda hubungi khidmat pelanggan ditalian  03 8601 1888.Waktu untuk hubungi khidmat Lazada adalah seperti dibawah:
Isnin-Jumaat: 8.00AM-9.00PM
Hujung Minggu dan kelepasan am: 9.00AM-6.00PM

Setelah semua atau salah satu cara tadi sudah di lakukan, pihak Lazada akan menghantar notification melalui email apabila pertanyaan pertukaran barang dipersetujui.Proses akan dimaklumkan melalui SMS pada nombor yang anda daftarkan.

Bagaimana proses pembatalan apabila produk yang dipesan dalam proses penghantaran?

Apabila produk yang dipesan sudah dalam proses penhantaran, kami tidak menjamin pembatalan boleh dilakukan adalah kerana barang yang dipesan sudah berada di pihak ketiga(Poslaju,Gdex,Skynet dll).

Bagaimana jika pesanan tetap dihantar meskipun sudah dibatalkan sebelumnya?

Jika pesanan tetap dihantar setelah dilakukan pembatalan, anda seharusnya dapat kembalikan produk tersebut kepada pihak ketiga(Poslaju,Gdex,Skynet dll) yang melakukan pengihantaran dan jangan sesekali membuka item yang dikirimkan.

Sekiranya ada apa-apa pertanyaan dan ingin saya kongsikan,boleh tinggalkan komen anda dibawah.

Selamat Membeli Belah di Lazada.COM.MY


Monday 23 October 2017

Shopping di Lazada secara Cash-On-Delivery (COD)

Cash-On-Delivery (COD) di Lazada Malaysia


Saya pernah membuat tempahan secara online di Lazada Malaysia tanpa membayar satu sen ketika tempahan dilakukan.
Ini adalah kerana saya memilih untuk Cash On Delivery atau lebih ringkas disebut COD. Ini bermakna,saya hanya perlu bayar apabila produk yang saya telah tempah sampai ke tangan. Jadi saya tidak memerlukan sebarang urusan online banking/card credit/debit card atau seumpamanya.Saya hanya membuat pesanan dan kemudian tunggu produk sampai barulah saya bayar untuk kos yang ditetapkan.

Cara Cash On Delivery di Lazada Malaysia adalah anda sebagai pembeli, membuat tempahan secara online/atas talian melalui website Lazada Malaysia atau melalui aplikasi Lazada Mobile Apps .


Setelah anda memilih produk yang anda ingin beli ,tekan button “Add to Cart”,kemudian tekan “Checkout”.Isikan alamat,no telefon serta email untuk memudahkan urusan anda untuk melakukan pembelian secara “Cara Cash On Delivery”


Terdapat beberapa kaedah pembayaran  untuk pembelian secara online di Lazada dan anda haruslah pilih cara bayar bayar ‘Cash On Delivery’ dan klik CONFIRM sekiranya anda ingin membayar barangan yang anda tempah ketika barang itu sampai.

Dalam masa beberapa saat anda akan mendapat notification dari pihak Lazada Malaysia yang mengatakan transaksi anda berjaya. Pihak Lazada Malaysia akan menghantar maklumat tentang status serta no rujukan penghantaran ke akaun emel anda untuk memudahkan anda ‘memantau’ pergerakkan barangan yang anda tempah dalam masa yang di tetapkan.

Sangat mudah bukan? Cara pembayaran Cash On Delivery Lazada Malaysia ini akan membuatkan anda lebih tenang dan yakin dengan transaksi pembelian secara Online ini. Apa yang anda perlu buat hanya menunggu barang anda sampai dan bayar jumlah yang ditetapkan ketika barang sampai dan ‘enjoy’ dengan produk yang anda beli. Ia sangat mudah dan selamat.

Ingin merasai pengalaman pertama shopping online dengan Lazada Malaysia tak?
Kalau anda nak, pastikan anda memilih masa sesuai untuk shopping secara online di Lazada Malaysia. Sebabnya? Sebabnya di Lazada Malaysia ini banyak diskaun dan promosi.... pastu produk yang ada memang banyak pilihan ....
 

Selamat Membeli Belah




Wednesday 18 October 2017

Tutorial Lengkap Shopping Secara Online di Lazada Malaysia



Ramai yang bertanyakan kepada saya dan tidak kurang juga ada yang sentiasa meminta pertolongan saya menempah barangan dari Lazada.Ada juga kawan-kawan saya yang mengadu ditipu oleh Lazada kerana hampir enam bulan barangan yang mereka tempah tidak kunjung tiba.

Disini saya nak nyatakan,di platform e-commerce Lazada hampir sama dengan platform e-commerce yang lain.Ladaza menyediakan platform untuk pihak ketiga mempamerkan serta menjual brangan mereka dan Lazada mengenakan bayaran kepada setiap barangan yang dijual mengikut peratusan yang telah ditetapkan oleh Lazada.

Ada juga diantara kawan-kawan yang bertanyakan tentang warranty bagi barangan elektronik serta macamana nak tahu seller tu trusted atau tidak.Disini akan saya kongsikan panduan tentang bagaimana untuk shopping di Lazada dan tips-tips ini boleh diguna pakai untuk anda shopping di laman e-commerce lain kerana konsepnya hampir sama.

Tutorial Lengkap Shopping Secara Online di Lazada Malaysia

Pertama sekali, anda hendaklah mendaftar dulu akaun Lazada menggunakan email anda.Sudahkah anda mempunyai email?Kalau belum,anda mesti daftar email dahulu secara percuma sahaja.

Setelah anda mendaftar di Lazada,buka email anda yang dihantar oleh Lazada untuk verification akaun Lazada anda.Kemudian login / sign in menggunakan username dan password akaun yang anda baru daftar itu. Anda digalakkan menggunakan nama dan no telefon yang sebenar dalam maklumat akaun.Ini akan memudahkan anda dikemudian hari untuk proses penghantaran,claim warranty,refund dan seumpamanya.



Seperti yang anda lihat imej diatas,saya membuat carian “samsung galaxy note 8”.Apa yang anda perlu buat adalah search item yang hendak dibeli.Contohnya tilam,anda taip tilam dan tekan icon search. Dekat page result tu keluar banyak pilihan, biasanya saya buka pilihan bergantung kepada harga, rating atau review. 

Boleh gunakan search bar di bawah ini juga.
Masukkan “samsung galaxy note 8” untuk mencuba.



Untuk pengetahuan anda Lazada Malaysia merupakan platform e-commerce yang mengumpulkan ratusan seller/vendor. Ada barang yang dijual sendiri oleh Lazada Malaysia dan biasanya item tersebut disimpan di dalam warehouse Lazada, manakala sesetengah barang lain pula dijual oleh pihak ketiga (third party / external seller). Jadi sebelum membeli, pastikan anda tahu beberapa perkara.

Tak semua penjual/vendor adalah jujur, lebih-lebih lagi seller online. Jadi pastikan sebelum order tahu siapa penjual item tersebut dan bagi item yang memerlukan warranty, printscreen page tersebut just in case seller remove landing page item itu di masa akan datang.

a. Warranty – Local Supplier Warranty bermaksud warranty dari kedai. Kalau barang rosak, anda kena hubungi seller untuk urusan warranty. Local Manufacturer Warranty bermaksud warranty dari pengeluar atau pengedar rasmi. Sekiranya barang rosak, anda boleh pergi ke service center atau pulangkan / pos balik kepada syarikat yang menguruskan warranty.
Sebagai contoh, iPhone yang dijual di Lazada dengan deskripsi 1 Year Local Manufacturer Warranty bermaksud iPhone ini mempunyai jaminan 1 tahun daripada Apple Malaysia. Bagi 

Local Supplier Warranty, itu bermaksud iPhone itu mungkin bukan set Malaysia dan boleh jadi imported set dan warranty hanya boleh dituntut secara terus daripada penjual. Penjual pula mungkin meletakkan syarat2 mereka tersendiri bagi sesuatu warranty barangan yang dijual oleh mereka.

b. Shipping fees – sesetengah barang layak untuk dapat shipping fees percuma. Biasanya barang bersaiz besar anda perlu tambah sedikit shipping fee.

c. Maklumat Seller – Anda kena tahu barang yang anda hendak beli itu Dijual dan diuruskan (Sold & Fulfilled) oleh pihak mana. Kalau Lazada sendiri jual, biasanya servis penghantaran dan return memang laju dan cekap, tetapi kalau third party mengikut pengalaman saya ada seller yang cekap dan ada juga seller yang buat lengah. Cuba google dulu nama seller untuk lebih maklumat mengenai reputasi mereka.

d. Rating / Review – barang yang popular dan trusted biasanya dapat rating tinggi dan banyak ulasan positif. Manakala seller atau barang yang bermasalah pula biasanya rating dan review yang sebaliknya.


e. This Item Ships From Overseas – ada sesetengah item dijual secara dropship dari luar negara. Biasanya barang dari overseas lebih murah, tetapi tiada warranty dan masa penghantaran yang lebih lama. Saya pernah beli jam tangan, ships dari HK dan sampai ke tangan dalam masa 1 minggu. Harga murah RM200 dari retail price cuma tanpa warranty. so you get what you pay for.

CARA ORDER DAN MEMBUAT PEMBAYARAN DI LAZADA



Add to cart item yang hendak dibeli dan proceed to checkout.
Masukkan Alamat Penghantaran dan Billing, boleh guna alamat sama untuk kedua-dua ini. Jika kawasan anda tinggal agak sukar diakses oleh syarikat courier, pilih alamat pejabat, kampus dan sebagainya.


Ada 4 kaedah pembayaran di Lazada.

a. Cash On Delivery (COD) – bayar secara cash atau credit card hanya ketika courier sampai di rumah atau alamat penghantaran. COD method terhad kepada KL, Lembah Klang dan bandar utama di Selangor.

b. Online banking – bayar menggunakan Maybank2u, CIMB Clicks, Hong Leong Bank, Public Bank, Ambank dan RHB.

c. Credit Card / Debit Card – bayar menggunakan credit card atau debit card Mastercard / VISA. Saya prefer menggunakan credit card kerana dapat lebih diskaun, rebates/points dan memudahkan urusan refund sekiranya barang habis stok atau rosak.
Untuk membayar secara installments, anda perlu menggunakan Maybank Credit Card (rujuk tutorial beli secara installment).

d. Paypal – anda boleh bayar menggunakan paypal jika anda mahu.
Jika semuanya ok, tekan Place Order untuk membuat pesanan.

CARA MENGGUNAKAN VOUCHER UNTUK DISKAUN DI LAZADA


Voucher atau coupon merupakan teknik memikat pelanggan yang cukup cukup berkesan di laman ecommerce. Sekali dah shopping guna voucher, esok lusa mesti nak try lagi. 
Nak guna voucher di Lazada, kena rajin-rajin buka main page Lazada terutamanya ketika hari sales kerana jika luck anda baik, anda dapat voucher yang rare atau limited. Untuk menggunakan voucher, pastikan login dulu akaun dan pada bahagian voucher, masukkan voucher yang valid dan tekan Apply. Boleh rujuk GIF di atas di mana saya dapat diskaun sebanyak 15% menggunakan voucher.

Saya sering juga berkongsi voucher di Facebook. Jangan lupa untuk like ya.
Ada voucher yang boleh digunakan di Mobile App sahaja, dan ada juga voucher yang boleh digunakan sekali sahaja. Ada sesetengah item di Lazada dikecualikan daripada mendapat diskaun menggunakan voucher. jadi sila try and error dulu sebelum membuat pembayaran muktamad.

Selain voucher, Lazada juga memberikan diskaun kepada pengguna Credit Card dan Debit Card. Contohnya. jika anda membeli barang pada hari Sabtu menggunakan Credit Card CIMB, anda dapat diskaun sehingga 10%. Manakala Maybank Card pula memberikan diskaun sehingga 10% pada setiap hari Rabu.

Contoh diskaun 10% menggunakan Credit Card. Diskaun diberi adalah secara automatik tanpa perlu masukkan sebarang code. Diskaun credit card/debit card tidak boleh digunakan bersama-sama voucher dan tak semua item boleh dapat diskaun credit card. Jadi, kena pilih hari, waktu dan peluang untuk dapatkan diskaun dengan bijak.

MENGESAN PESANAN (ORDER TRACKING) DI LAZADA


Selepas membuat pesanan, anda akan menerima email daripada Lazada Malaysia dan anda kemudian boleh lihat order status dan tracking. Seller Lazada biasanya menggunakan pelbagai jenis courier antaranya Gdex, Pos Laju, Skynet dan sebagainya jadi anda boleh trace di laman web courier tersebut.

LAZADA MOBILE APP (IOS/ANDROID)


Lazada Malaysia juga mempunyai app di iPhone dan Android. Anda boleh muat turun secara percuma di App Store dan Play Store. Kelebihan menggunakan aplikasi Lazada di iPhone dan Android ialah kadang-kadang anda dapat extra diskaun atau voucher.



Contohnya : sesetengah item dalam kategori “Sensational Deals” tidak boleh apply voucher tetapi anda dapat lagi extra 5% kalau beli menggunakan apps.

CARA RETURN BARANG KEPADA LAZADA MALAYSIA


In case anda beli barang di Lazada Malaysia tetapi dapat barang rosak, defective, pecah, fake atau lain seperti yang seller claimed, anda boleh membuat return kepada Lazada asalkan dalam tempoh 14 hari selepas pembelian. Contoh, seller jual item A tapi lepas beli, sampai item B. Atau seller jual item A dan description kata barang original, tapi bila sampai barang knockoff/ciplak/fake. Sebelum buat return, anda perlu lekatkan detail2 penting di kotak seperti nama penghantar, nama penerima dan alamat penerima.
Pack barang tersebut elok-elok dan hantarkan kembali bersama-sama invois dan bukti pembelian. Simpan sekali bukti pembayaran anda kepada syarikat courier (biasanya resit) kerana Lazada akan refund balik kos penghantaran.

Satu cara lagi yang lebih mudah, anda boleh print out return form di bahagian order. Pastikan specify tujuan return dan item serta kuantiti yang anda mahu return. Print dan tampal borang return di kotak dan hantar ke pos laju tanpa sebarang caj.

Diatas adalah contoh Lazada Malaysia return form.


Selamat membeli belah di Lazada Malaysia. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan? Boleh komen di bawah ya.


Bayar di 7-Eleven: Panduan Lengkap Membeli di Lazada Mengunakan Lazada Mobile Apps dan Bayar di 7-Eleven Berdekatan

Membeli di Lazada Mengunakan Lazada Mobile Apps dan Bayar di 7-Eleven Berdekatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Smartphone anda belum mempunyai aplikasi Lazada Malaysia? .Kalau belum,anda boleh muat turun aplikasi Lazada Malaysia.


Tidak kiralah sama ada anda pengguna Android atau iPhone, anda boleh muat turun aplikasi LazadaMalaysia di App Store dan Google Play.

Dimana saja anda berada anda boleh “cuci” mata dengan pelbagai barangan.Bermacam-macam barangan dengan harga yang ditawarkan berpatutan oleh penjual samada penjual dari dalam Negara dan luar Negara di platform Lazada.Anda boleh membaca Tips Lengkap Membeli Belah di Lazada.

Okey. Hari ini saya nak tunjukkan cara mudah untuk membuat carian barang di Lazada Malaysia. Bukan itu sahaja, saya juga akan tunjukkan cara untuk membuat pembayaran menggunakan CASH!! iaitu MOLPay CASH di 7-Eleven berdekatan dengan anda. Wow kan!! Ok, jom...


Langkah pertama adalah anda kena cari di App Store dan Google Play, aplikasi Lazada Malaysia, Install dan Open


Kemudia anda  pilih kategori barang yang anda cari (kiri) dan pilihlah mana yang anda berkenan (kanan).


Seterusnya, anda juga boleh menggunakan fungsi Filter dan Sort (kiri). Untuk melihat dan mendapatkan maklumat yang lebih mengenai sesuatu produk, anda boleh buka galeri produk (kanan). 


Bila dah berkenan, apa lagi.. tambah pada cart anda. Anda boleh teruskan carian barangan lain atau selesaikan pembelian anda. Jika dah habis shopping, terus dengan menekan "Proceed to Checkout"


Semasa checkout ada 3 langkah utama iaitu:

1- Shipping
2- Payment
3- Review.

Kemudian anda hendaklah pastikan lokasi penghantaran anda dan memilih cara pembayaran dan buat tempahan.Untuk cara pembayaran, anda pilih 7-Eleven.


Untuk pembayaran anda pilih pembayaran melalui MOLPay.

Apa tu MOLPay?


Sekiranya anda tidak mempunyai duit yang mencukupi dalam akaun,atau tidak mempunyai online banking atau seumpama denganya,anda tak perlu risau dan anda tetap boleh shopping secara online di Lazada.

Caranya adalah anda hanya perlu ke mana-mana 7-Eleven terdekat dengan anda dan selesaikan bayaran. Mudah kan? Kat bawah ni  anda boleh lihat, selepas tempahan dibuat, anda akan diberikan Transaction Id dan Verification Code. Apa yang anda perlu buat hanya tunjukkan maklumat ini kepada cashier 7-eleven,cashier 7-Eleven akan scan maklumat yang anda berikan dan anda bayarlah amaun yang sepatutnya. 

Mudah bukan??  

Seperti yang anda lihat imej di bawah ini adalah contoh Payment instruction dan pembayaran perlu diselesaikan dalam tempoh 48 jam. 


Kita pergi kepada MOLPay Cash  tadi, MOLPay menyediakan perkhidmatan pembayaran secara tunai di kedai 7-Eleven Malaysia. Kalau anda nak tahu MOLPay. 

Cash adalah leading payment in southeast Asia. Ini bermaksud, pengguna kini boleh membayar tunai di kedai 7-Eleven yang terdekat untuk barangan yang mereka beli dalam talian. MOLPay boleh didapati di kedai-kedai 7-Eleven terpilih dan akan ada lebih banyak kedai yang akan sertainya.

Lanjutan mengenai MOLPay anda boleh klik : MOLPay

Mudah bukan nak membeli belah di Lazada.. Anda hanya perlu tunggu barang sampai sahaja setelah pembayaran dibuat.


Imej diatas adalah screenshot dari Aplikasi Lazada Malaysia

Beriku adalah pautan untuk memuat turun aplikasi Lazada Malaysia :


Selamat Membeli Belah .