Thursday 26 January 2017

Service Laptop PC Murah Serendah RM25

SERVIS FORMAT/REPAIR KOMPUTER / LAPTOP MURAH - Serendah RM25!!!
Assalamualaikum Semua..BERITA BAIK untuk penduduk berhampiran Jerteh Besut !!! Pasir Puteh !!!! Setiu ...Kami menyediakan Service Laptop PC Murah Serendah RM25 ke TEMPAT anda dengan charge pengangkutan berpatutan..Sila Whatsapp 011-32223044 untuk pertanyaan.
Bagi mereka yang mengalami masalah dengan komputer (PC / laptop) yang amat slow, hang, kena virus dan sebagainya. Kami menyediakan perkhidmatan format atau baik pulih komputer anda dengan harga yang MURAH!. Kami aktif sekitar Jerteh Besut (main). Pasir Puteh, Jerteh-Setiu Kg Buloh (Luar kawasan anda digalakkan hantar pd saya atau saya ambil & dikenakan cas servis mengikut jarak).
TAHUKAH ANDA, LAPTOP ANDA PUN PERLU DISERVIS?

Laptop juga seperti kereta perlu servis bila sampai masanya kerana:

  • Mengelak kerosakkan motherboard (Laptop tak dapat hidup), jika berlaku kos utk perbaiki amat tinggi. Mari elak sebelum terjadi.
  • Overheat (cepat panas / Autoshutdown tiba-tiba) yg menganggu kerja anda. 
  • Laptop perlu di servis seelok-eloknya setiap 6 bulan bagi memastikan laptop sentiasa berada dalam keadaan baik. (Setahun 2 kali)
  • Servis laptop bermaksud membersihkan habuk tebal pada kipas laptop, motherboard dan menggantikan thermal paste baru .
Untuk PAKEJ SERVIS LAPTOP hubungi 011-32223044
KLIK link Whatsapp kami secara direct:
http://www.wasap.my/601132223044

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
Package 1
Format + driver + basic software - 
(RM25)
Package 2
Format + driver + basic software + backup data - 
(RM35)
Package 3
Format + driver + basic software + 
EXTRA software - (RM45) (FREE BACKUP)

* Operating System:
- Win XP - (32 bit)
- Win 7    - (32 | 64 bit)
- Win 8.1 - (64 bit)
- Win 10  - (32 | 64 bit)

* Basic Software (bergantung kepada permintaan dan pc specs).
- Microsoft Office 2003 | 2007 | 2010 | 2013 | 2016
- Adobe Reader DC
- Adobe Flash Player
- Gom | Vlc player
- Itunes
- Cyberlink YouCam
- Microsoft Security AntiVirus
- Mozilla Firefox & Google Chrome
- Picasa
- Winrar
- Skype
- YTD downloader | IDM
- CCleaner
- Jawi
- Al-Quran

EXTRA software (bergantung kepada permintaan dan pc specs).
- Adobe Photoshop | Illustrator | Indesign - CS3 | CS6 | CC 2017
- Adobe Photoshop Lightroom 5.3 | 5.6
- Adobe Director 11.5
- AutoCAD 2007 | 2012 | 2015 | 2016
- Autodesk 3D Max 2015 | 2016
- Autodesk Revit Architecture 2016
- Autodesk Revit Structure 2016
- Autodesk Maya LT 2016
- Autodesk AutoCAD Plant 3D 2018
- Catia V5R21
- SPSS version 22 | 24 | 25
- Sketchup Pro 2013 | 2016 | 2017
- Solid Work 2014 | 2016
- Nitro Pro 9
- Mathlab R2014b
- Lumion 6
- Sony Vegas 12 | 13 | 14

* Lain -lain Perkhidmatan.
- Upgrade PC | Laptop
- LED / LCD Screen Laptop Pecah | Problem
- WIFI Problem
- Harddisk Problem
- Keyboard Problem
- Laptop tak boleh on | tak ada Display
- Recovery Data
- Power Jack Problem
- Charger & Battery

* Format mengambil masa 1 jam hingga 1 hari (bergantung kepada kelajuan PC | Laptop
   dan permintaan pada software)
* Harga bermula serendah 
RM 25 bergantung jenis service dan part dan tempat.
.............................................................
...👉🏼 LANJUTAN DARI PAKEJ FORMAT
.
Anda perlu pilih Operating System (OS) terlebih dahulu:
💿 Windows XP (32-bit / 64-bit)
💿 Windows 7 (32-bit / 64-bit)
💿 Windows 8.1 (32-bit / 64-bit)
💿 Windows 10 (32-bit / 64-bit)
.
FREE Driver Installation
.
FREE Basic software
 Microsoft Office 2013 / 2016
 Adobe Reader 11
 Adobe Flash Player
 VLC player
 Avast/ AVG AntiVirus
 Mozilla Firefox atau Google Chrome
 WinRAR
 Ccleaner
 QuickTime
 K-Lite Codec
 Auslogics DiskDefrag
 Utorrent
 DAEMON Tools
.
💪Advance software (Satu software berharga RM5 jika Format, RM10 jika install sahaja / Adobe Design Master CS6 RM15).
💿 Adobe Photoshop CS6
💿 Adobe Illustrator CS6
💿 Adobe Flash CS6
💿 Adobe After Effects CS6
💿 Adobe Premiere CS6
💿 Adobe Dreamweaver CS6
💿 Adobe InDesign CS6
💿 AutoCAD 2015
💿 SketchUp Pro 2015
💿 3Ds Max
💿 Ashampoo Burning Studio
💿 Lain-lain mengikut kemahuan anda
.
+RM10 jika DATA Backup melebihi 300GB
.............................................................
HARGA SERVIS TERENDAH YG SUKAR DPT DITEMPAT LAIN! PM Segera ATAU..
KLIK link Whatsapp kami secara direct:
http://www.wasap.my/601132223044

.
Atau terus hubungi 601132223044 (waktu talian hari bekerja 8 am to 4 pm & Jumaat OFF)

Thursday 23 June 2016

Tutorial Pembelian di Lazada Secara Ansuran

Adakah anda pernah membeli-belah online secara ansuran.??

Pembelian secara installment@ansuran membolehkan anda mendapatkan sesuatu barang secara bayaran bulanan dengan kadar 0% interest dan tanpa sebarang deposit, asalkan anda mengikut cara yang betul. Beberapa laman ecommerce di Malaysia seperti Lazada, 11street dan Gemfive membenarkan pembeli membuat pembayaran secara ansuran bulanan dalam tempoh 6 bulan hingga 24 bulan.
Sekiranya anda berminat, jom ikuti tutorial ringkas ini mengenai cara membuat pembelian secara installment di Lazada, 11street dan Gemfive.

LAZADA INSTALLMENT TUTORIAL


Di Lazada, hanya SKU terpilih dengan harga di atas RM500 sahaja layak dibeli menggunakan installment plan. Anda memerlukan kad kredit Maybank VISA atau Maybank MASTERCARD untuk checkout. Maybank AMEX dan Maybank Debit Card tidak dibenarkan. Manakala tempoh installment plan pula terhad kepada 6 bulan dan 12 bulan sahaja.

Penggunaan voucher atau discount code tidak dibenarkan semasa membuat pembelian secara installment plan.
Pada pandangan saya,gunakan installment plan hanya untuk barangan yang diperlukan sahaja tetapi bukan untuk barang-barang yang akan menambahkan lagi bebanan kad kredit anda


Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen ya!

Sunday 12 August 2012

Kajian Saintifik Solat Di Awal Waktu


Setiap PERALIHAN waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan TENAGA alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan WARNA alam.

SUBUH-
 

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi SISTEM metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan PENAWAR/REZEKI dan komunikasi.

Mereka yang kerap TERTINGGAL waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh , tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

ZUHUR-


Warna alam seterusnya berubah ke warna HIJAU (isyraq & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi PERUT dan HATI yang berkaitan dengan sistem pengHADAMAN.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan KECERIAAN. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau TERLEWAT Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

ASAR-
 

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem REPRODUKTIF.

Rahsia warna oren ialah KREATIVITI. Orang yang KERAP tertinggal Asar akan HILANG daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini TERPISAH.

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu ASAR ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

MAGHRIB-


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap diNASIHATkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi JIN dan IBLIS (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam PERJALANAN juga seelok-eloknya BERHENTI dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh meNGELIRUkan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi OTOT, SARAF dan TULANG.

ISYA-


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa KEGELAPAN.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia KETENTERAMAN dan KEDAMAIAN di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap KETINGGALAN Isyaknya akan selalu berada dalam KEGELISAHAN. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keREHATAN.

Selepas TENGAH malam, alam mula bersinar kembali dengan warna PUTIH ( ), MERAH JAMBU dan seterusnya UNGU di mana ianya bersamaan dengan frekuensi KELENJAR pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya BANGKIT kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Demikianlah secra ringkasnya hubungan waktu-waktu solat dengan perubahan warna alam.

Sungguh besar rahsia solat itu sendiri, walau kelihatan ringkas namun yg tersirat amat hebat & mengkagumkan.

Allaahuakbar! Bersyukurlah atas segala nikmat & anugerah-Nya buat kita hamba yg lemah & dhaif.

Bersegeralah dalam bersolat, banyak hikmah & berkat dr ibadah solat yg diwajibkan.

Wallaahua’lam.


Infinity Downline Skim Senipuan ??














Assalamualaikum,
Okaylah, korang mesti cakap topik basi lah, topik tak best lah, dan apapelah. Nak tahu satu benda tak? Group saya di Facebook “Kedai Kopi IM” tu da jadi group sasaran bagi geng2 ID (Infinity Downline) buat cemuhan dan kutukan dan macam-macam lagi lah. Ada yang label ‘Founder’ Group tu (saya lah), jual kopi lah, jual teh lah dan macam-macam lagi.
Ya, memang betul kami tidak menjual teh dan kopi secara fizikal mahupun online. Group KKIM tu ditubuhkan untuk menyampaikan informasi yang BETUL tentang perniagaan internet/online yang SEBENAR.
Kebelakangan ni, isu ID ni timbul balik. Entah mamat/minah mana yang hidupkan balik skim cepat kayap ni pun saya tak pasti. Tapi kali ini, sampai gunakan FB Ads, dan macam2 teknik lain. Penipuan semakin berleluasa dan semakin ramai rakyat online yang baru nak belajar tentang perniagaan internet ditarik masuk.
Wei, orang tu baru nak hidup nak belajar cara berniaga, korang da ajar dia buat folder, pastu letak gambar duit banyak-banyak dalam folder tu, pastu tag-tag orang dalam friendlist dia, walhal dia sendiri blom jana apape pendapatan? Tak ke tipu namanya tu?
Puas kita berikan hujahan/artikel dari pakar Muamalat, Ustaz Zaharuddin tentang ID ni:

PUN TAK JALAN GAK. Buta hati betul geng-geng ID ni bila bab duit masuk ke akaun. Halal atau haram da tak kisah da.
Okay takpe, tapi sekarang ni, apa yang saya nak ketengahkan adalah, bukti lain. Kali ini, bukan dari Ustaz Zaharuddin, atau mana-mana ustaz pun lah. (sebab bila bagi post ustaz Zaharuddin, dorang bagi post dorang nye ‘Ustaz’ yang kononnya menyatakan ID ni ‘Halal’.)
Kali ini, saya nak kongsi screenshot jawapan dari Bank Negara tentang ‘Perniagaan ID’ ni. Sebenarnya, salah seorang ahli KKIM (Mohd Fadzil) telah membuat aduan ke SKMM tentang Infinity Downline ni. Kami bukan nak kacau periuk nasi sesiapa. Kami cuma tidak rela dan tidak sanggup melihat kenalan, sahabat, sedara-mara kami ditipu oleh geng2 ID ni.
Okay, ni screenshot pertama, aduan dibuat melalui website SKMM:
Dan SKMM pun jawab aduan tu. Buktinya di sini:


Okay, mereka pun usulkan aduan yang dibuat ke pihak yang lebih arif dan tahu tentang undang-undang dan syarat-syarat sah berniaga. Ni terus straight ke Bank Negara okay. Yer, BANK NEGARA. Nak tahu apa wakil dari Bank Negara cakap?




Okay, da dapat jawapan kan? ID adalah ‘Skim Penipuan yang dijalankan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab’. Simple. Hasil kerja dari penipuan = HARAM. Ni dari Bank Negara ni. Jadi, insaf lah. Dari mengajar orang ‘create picture folder’, lepas tu ‘masukkan gambar duit banyak’, lepas ‘tag-tag orang, nanti kita pun tolong komen’, baik belajar cara-cara berniaga di internet dengan BETUL.
Bukan takde cara, ADA. Salah satu tempat nak belajar, tulah group saya, Kedai Kopi IM. Macam-macam boleh belajar dari group tu. Ada 1001 cara yang HALAL boleh diusahakan untuk berniaga secara online dari ‘mengemis’ RM100 dari kawan-kawan/kenalan-kenalan ataupun yang kita tidak kenal. Pastu ajar dorang menipu gak. Hasil dari penipuan dorang, korang pun dapat ‘share’ tau. Dividend dosa tu korang nak jugak?
Jadi, pada yang dah sedar tu, baguslah. Saya sarankan sangat-sangat untuk berniaga dengan betul. Bukan ‘Korek Idung Duit Masyuk’.
Allah takkan berikan rezeki semudah itu. Geng-geng ID nak tipu orang RM100 pun punya banyak keje nk kene buat. Hehehe. Pastu cakap apa? “Tak perlu jumpa orang, tak perlu menjual”. Yelah tu. Bila da kene goreng RM100, dorang da kenyang, korang lak kene guna taktik dorang tu untuk menipu RM100 dari orang lain.
So, jawapan dari Ustaz Zaharuddin da ada, jawapan dari BANK NEGARA pun dah ada. Masih nak ber-’Login Facebook Dapat Duit’ lagi ke?
Renungkan.
Kalau dah sedar dan rasa artikel ni dapat bantu kawan-kawan lain yang masih mengemis dengan ID ni, kongsi lah dekat wall dorang tu ye. Secara kasarnya, memang geng-geng ID ni boleh dikatakan tergolong dari remaja, yang baru bekerja dan yang tak tahu apape tentang perniagaan di internet. Jadi, kami yang tahu ni, dengan RELA HATI nak betulkan persepsi anda semua yang masih tergila-gilakan ID.
Oh ya, taktik guna gambar profile perempuan cantik untuk dapatkan mangsa pun da tak jalan ye bang. Description: :P
Sampai sini sahaja perkongsian saya hari ini. Ramadhan ni, bulan baik, takkan nak bagi anak bini, mak, ayah, adik beradik makan hasil duit haram menipu orang. Tul tak?
Wallahualam Bissawab, moga-moga yang dah insaf dan sedar dilindungi dari skim-skim kayap seperti ID ni dan moga-moga yang belom sedar, Allah buka pintu hati mereka untuk lihat penipuan sebenar ID dan tunjukkan mereka ke jalan yang benar.
Wassalam,
 Source:Khairulfadli.com

Saturday 11 August 2012

Tanda Malam Qailatul Qadar

Tanda malam lailatul qadar-bila
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah s.w.t
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
a)    Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita
b)    Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat
c)    Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
d)    Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul


Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar

Kerana mulianya Lailatul Qadar, Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya,
“Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu"

Pendapat Ulama – Malam LailatulQadar

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
a)    Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29
b)    Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27
c)    Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan
d)    Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23
e)    Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21

Internet Security – Perisian Firewall Yang Serba Boleh

Comodo claim that their firewall is unique in that it passes all known leak tests to ensure the integrity of data entering and exiting your system. Comodo has put firewall through all kinds of sophisticated tests to ensure its firewall powerful enough to ward off these attacks with default settings. No other firewall has had to work this hard.
                 a)      PC Magazine Online’s Editor’s Choice
b)      Secures against internal and external attacks
c)       Blocks internet access to malicious Trojan programs
d)      Safeguards your Personal data against theft
e)       Delivers total end-point security for Personal Computers and Networks


Teknikal:
Tajuk: Comodo Internet Security 5.4.189068
Nama Fail: cispremium_installer_x86.exe
Saiz Fail: 34.26MB
Keperluan: Windows XP / 2003 / Vista / Windows7
Bahasa: Pelbagai Bahasa
Lesen: Percuma


COMODO Internet Security v.5 Video Tutorial




Perisian ini mendapat pengiktirafan banyak pihak termasuk dari pihak PC Magazine. Jadi, mari muat turun dan guna.