Assalamualaikum,
Okaylah, korang mesti cakap topik basi lah, topik tak best lah,
dan apapelah. Nak tahu satu benda tak? Group saya di Facebook “Kedai Kopi IM”
tu da jadi group sasaran bagi geng2 ID (Infinity Downline) buat cemuhan dan
kutukan dan macam-macam lagi lah. Ada yang label ‘Founder’ Group tu (saya lah),
jual kopi lah, jual teh lah dan macam-macam lagi.
Ya, memang betul kami tidak menjual teh dan kopi secara fizikal
mahupun online. Group KKIM tu ditubuhkan untuk menyampaikan informasi yang
BETUL tentang perniagaan internet/online yang SEBENAR.
Kebelakangan ni, isu ID ni timbul balik. Entah mamat/minah mana
yang hidupkan balik skim cepat kayap ni pun saya tak pasti. Tapi kali ini,
sampai gunakan FB Ads, dan macam2 teknik lain. Penipuan semakin berleluasa dan
semakin ramai rakyat online yang baru nak belajar tentang perniagaan internet
ditarik masuk.
Wei, orang tu baru nak hidup nak belajar cara berniaga, korang
da ajar dia buat folder, pastu letak gambar duit banyak-banyak dalam folder tu,
pastu tag-tag orang dalam friendlist dia, walhal dia sendiri blom jana apape
pendapatan? Tak ke tipu namanya tu?
Puas kita berikan hujahan/artikel dari pakar Muamalat, Ustaz
Zaharuddin tentang ID ni:
Baca di sini: http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/915-status-hukum-infinity-downline–login-facebook-dapat-rm100.html
PUN TAK JALAN GAK. Buta hati betul geng-geng ID ni bila bab duit
masuk ke akaun. Halal atau haram da tak kisah da.
Okay takpe, tapi sekarang ni, apa yang saya nak ketengahkan
adalah, bukti lain. Kali ini, bukan dari Ustaz Zaharuddin, atau mana-mana ustaz
pun lah. (sebab bila bagi post ustaz Zaharuddin, dorang bagi post dorang nye
‘Ustaz’ yang kononnya menyatakan ID ni ‘Halal’.)
Kali ini, saya nak kongsi screenshot
jawapan dari Bank Negara tentang ‘Perniagaan ID’ ni. Sebenarnya, salah seorang
ahli KKIM (Mohd Fadzil)
telah membuat aduan ke SKMM tentang Infinity Downline ni. Kami bukan nak kacau
periuk nasi sesiapa. Kami cuma tidak rela dan tidak sanggup melihat kenalan,
sahabat, sedara-mara kami ditipu oleh geng2 ID ni.
Okay, ni screenshot pertama, aduan dibuat melalui website SKMM:
Dan SKMM pun jawab aduan tu. Buktinya di sini:
Okay, mereka pun usulkan aduan yang dibuat ke pihak yang lebih arif dan
tahu tentang undang-undang dan syarat-syarat sah berniaga. Ni terus straight ke
Bank Negara okay. Yer, BANK NEGARA. Nak tahu apa wakil dari Bank Negara cakap?
Okay, da dapat jawapan kan? ID adalah
‘Skim Penipuan yang dijalankan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab’. Simple.
Hasil kerja dari penipuan = HARAM. Ni dari Bank Negara ni. Jadi, insaf lah.
Dari mengajar orang ‘create picture folder’, lepas tu ‘masukkan gambar duit
banyak’, lepas ‘tag-tag orang, nanti kita pun tolong komen’, baik belajar
cara-cara berniaga di internet dengan BETUL.
Bukan takde cara, ADA. Salah satu tempat nak belajar, tulah
group saya, Kedai Kopi IM. Macam-macam boleh belajar dari group tu. Ada 1001
cara yang HALAL boleh diusahakan untuk berniaga secara online dari ‘mengemis’
RM100 dari kawan-kawan/kenalan-kenalan ataupun yang kita tidak kenal. Pastu
ajar dorang menipu gak. Hasil dari penipuan dorang, korang pun dapat ‘share’
tau. Dividend dosa tu korang nak jugak?
Jadi, pada yang dah sedar tu, baguslah. Saya sarankan
sangat-sangat untuk berniaga dengan betul. Bukan ‘Korek Idung Duit Masyuk’.
Allah takkan berikan rezeki semudah itu. Geng-geng ID nak tipu
orang RM100 pun punya banyak keje nk kene buat. Hehehe. Pastu cakap apa? “Tak
perlu jumpa orang, tak perlu menjual”. Yelah tu. Bila da kene goreng RM100,
dorang da kenyang, korang lak kene guna taktik dorang tu untuk menipu RM100
dari orang lain.
So, jawapan dari Ustaz Zaharuddin da ada, jawapan dari BANK
NEGARA pun dah ada. Masih nak ber-’Login Facebook Dapat Duit’ lagi ke?
Renungkan.
Kalau dah sedar dan rasa artikel ni dapat bantu kawan-kawan lain
yang masih mengemis dengan ID ni, kongsi lah dekat wall dorang tu ye. Secara
kasarnya, memang geng-geng ID ni boleh dikatakan tergolong dari remaja, yang
baru bekerja dan yang tak tahu apape tentang perniagaan di internet. Jadi, kami
yang tahu ni, dengan RELA HATI nak betulkan persepsi anda semua yang masih
tergila-gilakan ID.
Oh ya, taktik guna gambar profile perempuan cantik untuk
dapatkan mangsa pun da tak jalan ye bang.
Sampai sini sahaja perkongsian saya hari ini. Ramadhan ni, bulan
baik, takkan nak bagi anak bini, mak, ayah, adik beradik makan hasil duit haram
menipu orang. Tul tak?
Wallahualam Bissawab, moga-moga yang dah insaf dan sedar
dilindungi dari skim-skim kayap seperti ID ni dan moga-moga yang belom sedar,
Allah buka pintu hati mereka untuk lihat penipuan sebenar ID dan tunjukkan
mereka ke jalan yang benar.
Wassalam,
Source:Khairulfadli.com
Infinity Downline Skim Senipuan ??
Reviewed by Unknown
on
August 12, 2012
Rating:
No comments: