Tanda malam lailatul qadar-bila
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di
antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu.
Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang
mukmin. Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan
yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab
Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah s.w.t
Tanda
Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan
beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
a) Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur
yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap
gelita
b) Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain
dari Malaikat
c) Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu
rebah sujud
d) Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul
Kelebihan
Menghayati Malam Lailatul Qadar
Kerana mulianya Lailatul Qadar,
Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati
malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan
di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya,
“Barangsiapa
menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai
jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala
nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu"
Pendapat
Ulama – Malam LailatulQadar
Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar
berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut
Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang
menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw
sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada
sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama
dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan
puasa jatuh pada hari :
a) Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29
b) Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27
c) Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan
d) Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23
e) Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21
Tanda Malam Qailatul Qadar
Reviewed by Unknown
on
August 11, 2012
Rating:
No comments: